rss
email
twitter
facebook

Saturday, June 26, 2010

Mari Berkempen




Dengan ini saya menyahut seruan rakan2 utk berkempen mengutuk keras serangan kejam tentera zionis terhadap kapal rombongan sukarelawan dan bantuan (Mavi Marmara) yg menuju ke Palestin....dan mengutuk sekeras2nya kebuasan tentera zionis menzalimi penduduk Palestin...Rakan2 semua, ayuh kita sokong kempen ini dgn meletakkan logo ini pd blog anda...moga usaha kita yg sdikit ini dpt menunjukkan sluruh dunia tanda protes ini...jgn dilupa iringi doa atas kesejahteraan Palestin...Peace no War!

Friday, June 25, 2010

The Blue Samurai hebat!

Puas hati aku tengok match diorg semalam yg kalahkan pasukan Denmark...memang mengagumkan...Jepun leading 2-0 hanya dengan free-kick! Jaringan pembukaan oleh Honda pemain Jepun pd minit ke-17 diikuti plak jaringan oleh Endo pada minit ke-30.

Then, pasukan Denmark mndpt 1 gol hasil sepakan penalti oleh Tomasson pd minit ke-81...tapi Jepun tetap garang mengasak gawang gol Denmark, dan akhirnya hasil dari kawalan bola yg mantap oleh Honda, membantu Okazaki menjaringkan gol ke3 utk pasukan Jepon sekaligus mencatatkan jaringan gol yg tertinggi dlm pencapain mereka dlm World Cup 2010...Kemenangan ini melayakkan Jepun ke peringkat KO menentang Paraguay nanti...

Jom tengok mcmana Jepun tewaskan Denmark...






X sabar nak tengok match England vs Germany...agak2, siapa yg menang? Ini pulak apa yg dikatakan oleh jurulatih Germany ttg Pasukan England...


"The English look a little tired," Beckenbauer said to a German paper. "There is a good reason for that: the Premier League players have got to play far more games than their Bundesliga colleagues, including two national cup competitions. Therefore, when it comes to a World Cup or a European Championship, they are burnt out.

Erm, kesian....apa2pon kita tengok sapa yg menang... =)

Tuesday, June 22, 2010

Miskin dan Kaya

Baru beberapa jam yg lepas aku tonton sbuah drama apa ntah...ada satu adegan yg cukup buatkan aku tertarik untuk berkongsi dgn korg...

Aku x ingat bulat2 situasinya....bagaimanapun, adegannya lebih kurg begini...




Eman Manan : Assalamualaikum pkcik...

Pakcik Miskin : Waalaikummussalam, nak...

Eman Manan : Pakcik ingat saya x?

Pakcik Miskin : Erm, kamu ni siapa?

Eman Manan : Saya pernah terjumpa pakcik...mungkin pakcik x perasan saya...Erm, sebenarnya saya ada sesuatu untuk pakcik...

Pakcik Miskin : ???

Eman Manan : ( Mengeluarkan beberapa keping not RM50)Ambilah pakcik....anggap ni sbg hadiah dr saya...ambillah...

Pakcik MIskin : eh, xpe2 nak....pakcik boleh cari duit sendiri (smbil tersenyum)...

Eman Manan : xpe pakcik...ambillah....saya ikhlas ni...

Pakcik Miskin : Sebenarnya pakcik x perlukan duit yg byk sgt ni...tapi kalo ada org yg mmg nak bagi, pakcik terima je lah ya...

Eman Manan : (ketawa kecil)

Pakcik Miskin : Ha, pakcik pon ada jugak hadiah untuk kamu...

Eman Manan : Hadiah? (kehairanan)

Pakcik Miskin : (sambil mengira sparuh dr kepingan not RM50)....Nah, ambillah....ni hadiah dr pakcik....ambillah nak....pakcik ikhlas ni...

Eman Manan : (terkejut)

Pakcik Miskin : Ambillah nak, ini rezeki kamu...Sekarang, kamu pon dapat rasa mcmana pakcik rasa....biarlah kita sama2 merasa ya?

Eman Manan : (ketawa kecil)Betul ke ni pakcik? Terima Kasih...




Wah, hebat btul fikrah pakcik tu...buatkan aku terfikir sejenak...

x kiralah siapa kita...
miskin atau kaya...
kita sebenarnya saling melengkapi....
kepada yg kaya, jgnla menghina yg miskin...
sebaliknya bantulah mereka dgn apa yg termampu....
tanpa mereka (yg miskin),
Orang yg kaya pon susah nak melaksanakan sesuatu...btui dak?

Iyalah,
Siapa yg nak jadi org gaji?
Siapa yg sanggup membanting tulang bina bangunan?
Siapa yg sanggup menahan geli membersihkan tandas?
Siapa yg sanggup menahan bau busuk mengutip sampah-sarap?

Sebenarnya mereka pon byk menyumbang kepada negara...
Walaupon kadang2 kita lihat ada org yg senang dan asyik enjoy x igt dunia (khusus kpd golongan muda la ni)...
Apakah sumbangan kita?

Sama2 la kita renungkan dan faham...



Sunday, June 20, 2010

Selamat Berjuang Adik...

Penatnya aku hari ni...

Awal pagi tadi aku dan famili aku bertolak ke Batang Berjuntai untuk hantar Dila lapor diri di UNiSEL...

Ya, Dila skrg dah masuk ke alam baru, dunia baru iaitu alam kampus...

Alhamdulillah...

Bsyukur la jugak sbb dpt gak tengok Dila continue study....

Even x dpt tmpt di ipta, x mengapa wahai adikku...sebenarnya, x kira di mana pun kita belajar, pokok pangkalnya semua atas diri kita sendiri....

Ingat pesan abg, igt tanggungjawab Dila sbg hamba, sbg anak...belajar elok2, gunalah peluang ni dgn bljr sungguh2...perbetulkan nawaitu Dila....pandai2 bwk diri kat sana....jaga bts pergaulan...ok?

Abg doakan semoga Dila berjaya menggenggam segulung diploma dan berjaya dlm hidup, di dunia dan akhirat...

Selamat berjuang Adik...

Saturday, June 19, 2010

Makan Bola, Minum Bola, Tidur Bola




Finally, the most exciting event has come! Pasukan mana agaknya yg akan menjuarai Piala Dunia kali ni? Adakah pasukan Brazil akan mengulangi kejuaraan mereka sbyk 5 kali berturut2? Atau pasukan Belanda yg merupakan pasukan pilihan yg akan menjuarai Piala DUnia kali ini selain Sepanyol?.....Sama2 kita nantikan....

Thursday, January 14, 2010

Hukum sertai Facebook

Oleh : Ustz Zaharuddin Abd Rahman


SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:


a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.


Sumber : mymetro

Sunday, December 27, 2009

Salah Siapa?



IPOH: Petanda bas bergoyang seolah-olah hilang kawalan membawa kepada tragedi berdarah apabila 10 daripada 48 penumpang bas ekspres dua tingkat maut selepas kenderaan itu merempuh pembahagi jalan dalam kemalangan ngeri awal pagi semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira lapan kilometer dari lokasi ‘plaza tol maut’ yang meragut nyawa lapan penumpang bas serta mencederakan 27 yang lain dalam kemalangan pada 11 Disember dua tahun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara, bas membawa muatan 48 penumpang itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang.

Rempuhan menyebabkan bahagian bawah di sebelah kiri bas berkenaan remuk dan dua penumpang yang maut tercampak keluar dalam keadaan mengerikan manakala lapan yang lain menemui ajal akibat tersepit dan dua lagi cedera.

Kebanyakan mangsa yang maut berasal dari Selangor, Kedah dan Perlis.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Md Razip Fadzil, 43, manakala cedera ringan, Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

“Mangsa yang maut dan cedera membabitkan penumpang di tingkat bawah. Dua pemandu bas dan 36 lagi penumpang selamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, awal pagi semalam.

Beliau berkata, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Mereka mengalami pendarahan serius dan kecederaan teruk di beberapa anggota badan, termasuk kepala, manakala mangsa parah dirawat di wad.

“Bas itu dikatakan memulakan perjalanan pada jam 9 malam dari Klang dan berhenti di beberapa lokasi untuk mengambil penumpang sebelum berhenti untuk bertukar pemandu di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Simpang Pulai, di sini.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, pemandu bas dikatakan hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan konkrit,” katanya.

Menurutnya, pemandu bas terbabit, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu, termasuk mengumpulkan maklumat daripada saksi dan laporan pengguna lebuh raya lain yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Kemalangan ngeri itu yang pertama berlaku di laluan terus tanpa henti berkenaan sejak ia dibuka pada 14 Julai lalu.

Laluan sepanjang 14.7 km antara Plaza Tol Ipoh Utara dan Ipoh Selatan bernilai RM283 juta itu diubahsuai mulai Jun tahun lalu dan mula dibuka secara berperingkat-peringkat kepada lalu lintas beberapa bulan kemudian.

Sumber : mymetro
Related Posts with Thumbnails