rss
email
twitter
facebook

Sunday, December 27, 2009

Salah Siapa?



IPOH: Petanda bas bergoyang seolah-olah hilang kawalan membawa kepada tragedi berdarah apabila 10 daripada 48 penumpang bas ekspres dua tingkat maut selepas kenderaan itu merempuh pembahagi jalan dalam kemalangan ngeri awal pagi semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira lapan kilometer dari lokasi ‘plaza tol maut’ yang meragut nyawa lapan penumpang bas serta mencederakan 27 yang lain dalam kemalangan pada 11 Disember dua tahun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara, bas membawa muatan 48 penumpang itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang.

Rempuhan menyebabkan bahagian bawah di sebelah kiri bas berkenaan remuk dan dua penumpang yang maut tercampak keluar dalam keadaan mengerikan manakala lapan yang lain menemui ajal akibat tersepit dan dua lagi cedera.

Kebanyakan mangsa yang maut berasal dari Selangor, Kedah dan Perlis.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Md Razip Fadzil, 43, manakala cedera ringan, Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

“Mangsa yang maut dan cedera membabitkan penumpang di tingkat bawah. Dua pemandu bas dan 36 lagi penumpang selamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, awal pagi semalam.

Beliau berkata, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Mereka mengalami pendarahan serius dan kecederaan teruk di beberapa anggota badan, termasuk kepala, manakala mangsa parah dirawat di wad.

“Bas itu dikatakan memulakan perjalanan pada jam 9 malam dari Klang dan berhenti di beberapa lokasi untuk mengambil penumpang sebelum berhenti untuk bertukar pemandu di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Simpang Pulai, di sini.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, pemandu bas dikatakan hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan konkrit,” katanya.

Menurutnya, pemandu bas terbabit, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu, termasuk mengumpulkan maklumat daripada saksi dan laporan pengguna lebuh raya lain yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Kemalangan ngeri itu yang pertama berlaku di laluan terus tanpa henti berkenaan sejak ia dibuka pada 14 Julai lalu.

Laluan sepanjang 14.7 km antara Plaza Tol Ipoh Utara dan Ipoh Selatan bernilai RM283 juta itu diubahsuai mulai Jun tahun lalu dan mula dibuka secara berperingkat-peringkat kepada lalu lintas beberapa bulan kemudian.

Sumber : mymetro

Avatar 3D is totally awesome!

Aku tengok 3D punyer tadi kat GSC Mid Valley....harga tiket mak aii RM18!....tapi xpe....janji best...hehe...

Thursday, December 24, 2009

Cuti...


Pergh, lama gila x update blog....

Musim cuti hampir melabuhkan tirai...aku pon dah x sabar nak sambung belajar balik (percayalah...haha) . Apa yang aku lalui sepanjang musim cuti ni? Seperti biasa...hanya rutin2 harian yang biasa dilalui setiap hari, cuma bezanya aku ada extra time utk tidur...haha. Pejam celik, pejam celik, tau2 umur dah masuk 21 thn...usia makin meningkat, diploma pon x abis2 lagi, adeh...doakan aku berjaya ya kwn2...moga aku dpt menggengam segulung diploma akhir sem ni...Result sem lepas pon dah dapat...seperti yg ku jangka, subjek kegemaran aku, kena amik lg skali...huhu....xpela, bila kita bljr 2 kali ni lagi melekat kat pala otak ni...ye ke? =P

Pada musim cuti ni jugak aku terpaksa pikul tanggngjawab jaga atuk aku....memandangkan dia dah x kuat mcm dulu lg(atuk aku bekas polis)...kalo dulu aku tengok dia berbadan sasa, cergas tapi sekarang mmg dah banyak berubah...kurus je....semua otot2 dia dah kecut menggelebeh...nak berjalan pon terketar2 pakai tongkat....itupon kena awasi selalu takot2 terjatuh plak....selera makan pon menurun, itupon kalo dia nak makan , mesti dia ajak pi pekena nasik kandaq...boleh plak dia ajak aku pi penang tuh...(atuk aku ni kdg2 x ingat/x pasti kat mana dia ada skrg) dah la time tu kat kl.....tanpa menolak keinginan atuk aku tu aku pon beli la gak nasi kandar, itupon atuk aku mkn 2-3 sudu je...selebihnya aku yg habiskan, huhu...

Selain tu gak, adik laki aku berkhatan...adik aku ni berkhatan kat hospital kl, dalam bilik bedah lagi tu huhu.Yg tukang potong tu plak doktor pakar bedah kanak2. Selesai je semua aku kenala jaga dia...dia nak makan aku tolong sediakan, nak main ps2 aku bukakan, nak itu ini aku tolong....dah mcm babysitter dah aku, bezanya 'baby' tu dah beso dan berat plak tu...haha....so, tiap2 hari aku akan cuci *** dia, biar sentiasa bersih dr kuman....baru cepat elok...bila tengok gelagat adik aku tido, punyala azab, asyik mengeluh....mana taknya....sebelum tido, aku ikat dua2 kaki dia dgn kayu rotan yg tebal tu (kayu tu diikat kat bawah lutut), x nak bagi terkepit...teringat zaman aku muda2 dulu mcm tu gak...haha...

Haa pilih2...mau potong scr tradisional atau moden? hehe


Musim cuti ni jugak la aku dpt jumpa balik dgn sahabat2 lama...ye la masing2 jauh di perantauan menimba ilmu....bolehla lepak2, borak2 psl kisah hidup masing2 kat perantauan...aku? hehe x byk perkara menarik sgt aku lalui kat kuantan ni...

Related Posts with Thumbnails