rss
email
twitter
facebook

Sunday, December 27, 2009

Salah Siapa?



IPOH: Petanda bas bergoyang seolah-olah hilang kawalan membawa kepada tragedi berdarah apabila 10 daripada 48 penumpang bas ekspres dua tingkat maut selepas kenderaan itu merempuh pembahagi jalan dalam kemalangan ngeri awal pagi semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira lapan kilometer dari lokasi ‘plaza tol maut’ yang meragut nyawa lapan penumpang bas serta mencederakan 27 yang lain dalam kemalangan pada 11 Disember dua tahun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara, bas membawa muatan 48 penumpang itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang.

Rempuhan menyebabkan bahagian bawah di sebelah kiri bas berkenaan remuk dan dua penumpang yang maut tercampak keluar dalam keadaan mengerikan manakala lapan yang lain menemui ajal akibat tersepit dan dua lagi cedera.

Kebanyakan mangsa yang maut berasal dari Selangor, Kedah dan Perlis.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Md Razip Fadzil, 43, manakala cedera ringan, Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

“Mangsa yang maut dan cedera membabitkan penumpang di tingkat bawah. Dua pemandu bas dan 36 lagi penumpang selamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, awal pagi semalam.

Beliau berkata, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Mereka mengalami pendarahan serius dan kecederaan teruk di beberapa anggota badan, termasuk kepala, manakala mangsa parah dirawat di wad.

“Bas itu dikatakan memulakan perjalanan pada jam 9 malam dari Klang dan berhenti di beberapa lokasi untuk mengambil penumpang sebelum berhenti untuk bertukar pemandu di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Simpang Pulai, di sini.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, pemandu bas dikatakan hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan konkrit,” katanya.

Menurutnya, pemandu bas terbabit, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu, termasuk mengumpulkan maklumat daripada saksi dan laporan pengguna lebuh raya lain yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Kemalangan ngeri itu yang pertama berlaku di laluan terus tanpa henti berkenaan sejak ia dibuka pada 14 Julai lalu.

Laluan sepanjang 14.7 km antara Plaza Tol Ipoh Utara dan Ipoh Selatan bernilai RM283 juta itu diubahsuai mulai Jun tahun lalu dan mula dibuka secara berperingkat-peringkat kepada lalu lintas beberapa bulan kemudian.

Sumber : mymetro

2 comments:

ilusi_Realiti said...

salah siapa?.....pada pendapat aku si pemandu la...sebab klu xsalah..dia mengaku, yg dia mengantuk....emm....maka, di sini ada persoalan...adakah ada pengangkutan lain yg lebih selamat dari menaiki bas?.....anda rasa?....

mamsder said...

kereta kebal...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails