rss
email
twitter
facebook

Saturday, August 8, 2009

Cuti H1N1

Kolej cuti lagi,
baru minggu lepas cuti seminggu untuk student uitm,
kali ni cuti lagi seminggu sebab kolej diarahkan ditutup sementara,
ini semua gara-gara H1N1,
orng kata seronokla asyik cuti je,
tapi aku tak suka dow,
mana taknya, naik cuti nanti confirm huru-hara,
dengan jadual semua lari,
dengan presentation projek lagi,
dengan minggu common test lagi,
pergh...


tapi itu semua ada hikmahnya,
di kala cuti ni bolehlah aku dan kawan2 siapkan hardware projek,
itupon kalo diorang buatlah...
tapi alhamdulillah projek aku dah 60% completed.


Cuti ni aku balik kl,
mungkin untuk 2-3 hari je,
rindu kat family la kononnya,
tapi bila dah ada kat kl,
rindu kat kuantan la plak...haha,
tak sabar pulak rasanya nak balik Kuantan.

Oh Kuantan...
wait for me there... =P



H1N1 scare...pakai mask kalo nak ke tmpt awam sebagai langkah mencegah H1N1...


Saturday, August 1, 2009

Baik Sangka

Jam menunjukkan pukul 5 am,
aku baru sampai di terminal puduraya setelah 4 jam perjalanan dari Kuantan,
aku pon terus mengeluarkan hape ku lantas mendail no abah,



"Assalamualaikum, abah. acap dah sampai kat terminal pudu ni'

"Walaikummussalam, ok nanti abah datang"



Sementara menunggu abah, aku pon keluarkan mp3, nak dengar lagu,
Suddenly, ada seorang pakcik ni datang kat aku,


"Assalamualaikum, nak."

"Waalaikummussalam, pakcik"


Maka bermulalah babak sedih di mana pakcik tu menceritakan (dengan dialek nogori) tentang kematian anaknya petang semalam yang ke'accident'an dilanggar sebuah kereta cina mabuk. Katanya kaki anak dia hancur sampai paras pinggang digilis. Kata pakcik tu lagi, dia datang dari bahau ke hospital Selayang untuk tengok anak dia, tapi anak dia dah pergi dulu.


Lepas beberapa minit pakcik tu bermelodrama, dia pon minta bantuan kewangan skit untuk dibuat tambang balik katanya. Aku pon dengan rasa simpati lah kononnya bagilah dua hengget kat pakcik tu walaupun dia mintak enam hengget kat aku. Lepas tu pakcik tu pon ucp terima kasih kat aku then terus blah.


Kemudian datang plak sorang pakcik ni. Dari gayanya macam pemandu teksi.

"Berapa pakcik tadi mintak?"

Aku yang kepelikkan pon jawab, "Pakcik tu mintak 6 ringgit"

"Ha, adik ni dah kena tipu." kata pakcik tu dengan muka selamba. (macam kerek pon ada gak)

"Hari-hari, itulah keje dia"......"orang macam dia kat KL ni memang pandai menipu!", kata pakcik tu...





Pergh, menyirap satu badan aku time tu...Tapi bila fikir2 balik, alah xpelah...bukannya luak pon 2 ringgit tu....ini terlebih baik sangka ni, tapi x elok plak kan buruk sangka ni...niat aku nak membantu pakcik tu, kes dia mengencing aku tu biarlah, aku halalkan je lah....selebihnya tu, urusan dia dengan Allah....moga satu hari nanti pakcik tu insaf dengan perangai molek dia tu...Dan ini jugak sebagai pengajaran buat aku yang masih dalam proses mengenal dunia ni. Hidup di dunia ni sementara je kawan, di syurga jualah yang kekal abadi bagi orang yang selayaknya dan neraka bagi orang yang selayaknya....so, pilihan di tangan kita... life is choice....


Notakaki: Buat baik berpada2...


Monday, July 27, 2009

I'm back!!!

Lama betul x kemas blog ni, berhabuk, bersawang....ish3,nak kata bz,x jugak....,mungkin tuan empunya blog ni ada sebab-musababnya yg tersendiri....=P

Memandangkan uitm cuti seminggu ekoran dari kes infuenza A H1N1, ramai yg dah balik ke kg halaman masing2....aku? masih duk tercanak kat kuantan bersama dgn 4 org housemate....nak setelkan kerja la kononya,haha....tp nampak gayanya,dlm 3 hari ni sejak sabtu lps, xde pon tindakan susulan yg dibuat.....mmg dasar pemalas lah kau mamsder....

Peringatan : jgn ikut jejak langkah mamsder ini.....


Apa yg aku buat cuti ni?
Nothing....

Tapi semalam, lebih kurg jam tiga petang, aku together-gether (pengaruh ratnasuri lah ni) dengan housemate pergi mandi-manda kat Air terjun Sg Pandan, Kuantan....untuk meriliskan tension masing2....lagak seperti orang yang gigih bekerja memerah otak....pigi daaa....

Sampai je di lokasi , Subhanallah, alangkah nikmatnya menghirup udara nyaman dan bau2an hutan lipur tu...rindunya pd alam semulajadi ni.....

"The sky is clear,
The air is clean,
The land is green,
Thank You Allah,
Thank You Allah..."

Oklah, berikut adalah adegan2 tanpa segan silu yg sempat dirakamkan....




Kegembiraan yang x dapat ditahan2 lagi.....


Back massage...syok woo, dpt legakan sengal2 badan...sengal2 otak pon boleh...


lagi sesi massage....syuk buat muka syok plak, haha...


Mamat ni macam tengah buang angin je...


Muka apakah itu? haha...


arep si hyperactive


agak ramai orang time ni...hujung minggu la katakan...budak kecik belakang tu, nampak je orang, simbah2 air...x kiralah budak ke, orang tua ke......semua dia belasah....


penat gak main air ni sebenarnya...


sseejuukk....cukuplah tu....

Thursday, July 9, 2009

Tongue twister 1


1
Peter Piper picked a peck of pickled peppers.
A peck of pickled peppers Peter Piper picked.
If Peter Piper picked a peck of pickled peppers,
Where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?


2
How can a clam cram in a clean cream can?


3
I saw Susie sitting in a shoe shine shop.
Where she sits she shines, and where she shines she sits.


4
Send toast to ten tense stout saints' ten tall tents.


5
Denise sees the fleece,
Denise sees the fleas.
At least Denise could sneeze
and feed and freeze the fleas.


6
Sheena leads, Sheila needs.


7
The thirty-three thieves thought that they thrilled the throne throughout Thursday.


8
Can you can a can as a canner can can a can?


9
Six sick hicks nick six slick bricks with picks and sticks.


10
I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish.



Adoi, tergeliat lidah dibuatnya... =D


Nota: Teringat masa kelas BEL 200 dulu, mdm Asz yg introduce psl Tongue twister ni....punyela jenuh sumer budak2 nak menyebutnye, especially si Safari.....hehe...

Tuesday, July 7, 2009

Hukum cukur janggut

TERDAPAT perbezaan pendapat antara mazhab mengenai hukum mencukur janggut (Arab, lihyah).

Mazhab Maliki dan Hambali mengharamkan perbuatan mencukur janggut.

Mazhab Hanafi pula menghukumkan makruh yang hampir kepada haram (makruh tahrimi). Manakala mazhab Syafie hanya menghukumkan makruh mencukur janggut (al-Zuhayli, 1985: I: 208).

Ini kerana ada perbezaan dalam riwayat hadis daripada Rasulullah s.a.w, antaranya, hadis Aisyah daripada Rasulullah s.a.w mengenai sepuluh perkara fitrah iaitu 'memotong (merapikan) misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, beristinjak.'

Kata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh, melainkan ia adalah berkumur-kumur." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, an-Nasa'i)

Menurut Imam an-Nawawi yang kesepuluh kemungkinan adalah khitan (bersunat). Hadis ini menunjukkan memelihara janggut termasuk dalam perkara sunat.

Manakala dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berbezalah kamu dengan orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai." (Hadis riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at-Tirmidhi)

Hadis ini menghendaki seorang Muslim mempunyai identiti sendiri dengan tidak meniru bangsa lain.

Berdasarkan tujuan terbabit, mencukur janggut dilihat sebagai meninggalkan jati diri Muslim dan tidak mengikut suruhan Rasulullah s.a.w.

Bagaimanapun, ada yang memahaminya sebagai sunat dan bukannya wajib, iaitu suruhan kepada lelaki Muslim memelihara janggut bagi membezakan antara orang Islam bukan Islam.


Gambar hiasan


Ada pendapat semasa menyatakan hukum memelihara janggut adalah harus semata-mata dan ia bukan sunat dan wajib.

Ia kurang tepat kerana mengenepikan hadis mengenai memelihara janggut termasuk dalam sunnah fitrah.

Dr Yusuf al-Qaradawi pula lebih hampir kepada mazhab Syafie apabila melihat tindakan memelihara janggut sebagai sunat dan bukan wajib. Mencukur janggut pula dihukum makruh (al-Qaradawi, 1995: 94-96).

Pendapat mazhab Syafie lebih hampir kepada kebenaran dan sederhana (lihat juga artikel Cukur janggut di http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab88.htm).


Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/FikrahDrSalam/20090619092031/Article/indexp_html

Monday, July 6, 2009

Rusia haramkan kasino,judi

Rusia haramkan kasino, judi

MOSCOW 1 Julai - Operasi kasino dan pusat perjudian mesin slot di seluruh Rusia mula ditutup hari ini, apabila pihak berkuasa negara ini menguatkuasakan undang-undang baru yang lebih tegas sebagai usaha melumpuhkan industri perjudian di negara tersebut.

Puluhan ribu rakyat dijangka akan hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan undang-undang baru tersebut yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin pada tahun 2006 dalam usaha membanteras ketagihan 'candu judi' dalam masyarakat.

"Mulai pukul 7 petang (11 malam tadi) semalam, semua dewan perjudian mula ditutup," kata salah satu notis yang dikeluarkan kepada dewan perjudian mesin slot di selatan Moscow.

Pusat-pusat kasino pula dijangka mengalih operasi atau menukar kegiatan masing-masing kepada kelab poker, sesuai dengan saranan pegawai undang-undang Rusia yang mencadangkan permainan poker yang lebih berkonsep kesukanan.

Pelaksanaan undang-undang itu turut menamatkan era kelam kabut apabila ahli perniagaan dan kegiatan gengster menjadikan kasino-kasino di tengah Moscow bagi mengaut keuntungan yang luar biasa pada tahun 1990-an.

Tugas khas melaksanakan undang-undang itu telah dikuatkuasakan di ibu kota Rusia, kata jurucakap kerajaan bagi bandar raya Moscow, Maria Sokolva kepada agensi berita Ria-Vonosti.

Bermula 1 Julai, kasino di Rusia mungkin hanya boleh beroperasi, jika ia berada sekurang-kurangnya 1,000 kilometer dan lebih dari Moscow.

Kawasan yang terkenal dengan zon perjudian haram di kalangan rakyat Rusia ialah di barat Kaliningrad meliputi kawasan sepanjang laut selatan Azov, daerah Altai di Siberia, dan kawasan yang jauh di pedalaman Primorye, berhampiran utara Korea dan Jepun.

Tetapi kebanyakan pengusaha industri perjudian sedang berusaha mencari kawasan baru di sana untuk memindahkan operasi mereka.

Pelaksanaan undang-udang itu akan memberi impak besar kepada Moscow, yang mempunyai 524 kasino dan dewan perjudian, dan masih terdapat 109 buah lagi kasino beroperasi di selatan bandar raya Saint Petersburg, sehinggalah undang-undang itu kuatkuasa. - AFP

Daripada : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm



Malaysia? Bila lagi? Erm, lu pikirla sendiri, assalamualaikum...=)


JazzTown casino, salah sebuah casino di Moscow

Unknown Lifeform in sewer?




Saja nak berkongsi video ni dgn korg. Dpt tau psl video ni pon drpd kawan yg jugak merangkap coursemate,housemate dan jugak ex-classmate,hehe.....Geli geleman jugakla bila tengok video ni. Mula2 tengok tu,mmg x dpt nak agak apa bendanya. Then,bila buat research psl benda ni barulah ku tau.


Video ni diambil di 'sewer system' oleh 'sewer snakecam' di North Carolina,Amerika Syarikat. Seperti yg korg lihat, terdapat beberapa gumpalan yg berdenyut2 bila kamera difokuskan trhdpnya. Ramai yg tersalah anggap yg benda ni adalah 'bryozoan'(search kat google) dan x kurang jugak yg menganggapnya sebagai telur makhluk asing! Tapi hakikat yg sebenarnya ia adalah cacing 'Tubifex'. Berikut adalah respons seorg pakar Dr. Timothy S. Wood terhadap video ni yg telah dihantar kpd beliau :




"Thanks for the video – I had not see it before. No, these are not bryozoans! They are clumps of annelid worms, almost certainly tubificids (Naididae, probably genus Tubifex). Normally these occur in soil and sediment, especially at the bottom and edges of polluted streams. In the photo they have apparently entered a pipeline somehow, and in the absence of soil they are coiling around each other. The contractions you see are the result of a single worm contracting and then stimulating all the others to do the same almost simultaneously, so it looks like a single big muscle contracting. Interesting video."





Gambar hiasan
Related Posts with Thumbnails