rss
email
twitter
facebook

Wednesday, May 20, 2009

Manikam Kalbu

Photobucket


Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semula ketakjuban dalam kesenian. katanya, 'sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya'. Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan Melayu.

"Gabungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan bahasa menjadikan Manikam Kalbu sebuah novel remaja yang kuat dan menarik. Novel ini dihasilkan berdasarkan pembacaan dan kajian yang mendalam." - Panel Hakim


Keterangan di atas ialah sinopsis yg dipetik drpd http://www.goodreads.com/book/show/2829790.Manikam_Kalbu .


Ulasan saya sendiri :


Novel ni menggabungkan 2 kisah dlm 2 zaman iaitu zaman kesultanan Melayu Melaka dan zaman sekarang sebagai latar tempatnya.Ziryab,seorang pelajar sekolah menengah yg mengambil jurusan jahitan dan sememangnya amat meminati bidang jahitan. Minatnya itu secocok dgn namanya yg diangkat dari seorang tukang jahit terkenal dan ulama zaman kegemilangan Andalus.Dia juga sanggup menjadi seorang pelajar lelaki tunggal yg mengambil jurusan jahitan di sekolah teknik dan berazam kuat utk menjadi seorang pereka fesyen dan ingin melkukan ttajdid dlm bidang seni reka fesyen di Malaysia yg byk didominasi oleh golongan 'darai'.Ziryab yg juga merupakan seorg anak yatim piatu sejak kecil dijaga oleh neneknya yg kemudiannya mengidap 'Alzheimer' ketika dia masih belajar di sekolah teknik.Namun kecekalan dan kasih sayangnya yg amat mendalam terhadap neneknya dpt membawa Ziryab menempuh cabaran dan berjaya dlm hidup.Dia juga byk mempelajari ilmu jahitan drpd neneknya yg sememangnya mahir dlm bidg tersebut.


Manikam Kalbu,seorang lagi watak dalam novel ini adalah merupakan
seorang hamba yang hidup di zaman Sultan Alauddin Syah yang amat meminati seni jahitan dan fesyen melayu tradisional.Kisah manikam kalbu ini diceritakan oleh Manira,(seekor kucing comel sprt pada ilustrasi cover novel ini).Dia telah menyertai pertandingan mereka pakaian rasmi bg masyarakat Melayu pd ketika itu dan telah memenangi hadiah utk menuntut ilmu di mana shj yg disukai.Manikam kalbu memilih utk mendalami ilmu agama dan tentang pakaian menutup aurat di Acheh.Dan peristiwa yg melucukan ialah apabila dia sanggup utk menikahi seorang nenek tua semata-mata utk mendapatkan ilmu jahitan drpdnya.....nk tau selanjutnya? bacalah sendiri........=P mesti BACA tau!!!........

Tahniah buat Faisal tehrani yg berjaya menggarap kisah yg menarik sprt ini....marvellous!!!


5 comments:

ilusi_Realiti said...

salam...ni ada x buku ni...aku nak pinjam....boleh?...tajuk macam best...

mamsder said...

erm,ko lambat...aku dah pulagkan kat tuan empunya....=P

ratnasuri08 said...

faisal tehrani ni suka wat karya yg pelik2 la...

mamsder said...

pelik?...tp menarik kan....

ilusi_Realiti said...

emm...mungkin..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails