rss
email
twitter
facebook

Thursday, August 20, 2009

Marhaban ya Ramadhan

Baru sebentar tadi aku melihat pengumuman yang dibuat penyimpan mohor-mohor besar diraja bahawa akan bermulanya puasa pada hari sabtu ini, iaitu pada tanggal 22 ogos 2009, bersamaan 1 Ramadhan 1430 Hijriah. Teruja sungguh hati ini ingin menyambut bulan yang mulia lagi penuh barakah ini.

Ramadhan datang menjenguk kita lagi...alhamdulillah, bersyukur ke hadratNya kerana masih diberi peluang untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini. Kedatangan Ramadhan ini sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam kerana padanya dapatlah kita berebut dan berlumba-lumba dalam mencari redhaNya. Bulan Ramadhan juga adalah masa yang sesuai untuk umat Islam berebut pahala yang berlipat kali ganda.

Tidak cukup dengan itu, dalam bulan Ramadhan, Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang juga menganugerahkan kita dengan malam lailatul Qadar di mana barangsiapa yang berjaya menghidupkan amalannya pada waktu itu, nescaya akan dianugerahkan pahala amalan yang berlipat kali ganda iaitu pahala amalan selama seribu bulan...(errk, betul ke? Please correct me if i'm wrong). Semoga Ramadhan kali ini, kita akan bisa merebut peluang keemasan ini insyaAllah...

Kepada kawan-kawan semua, selamat menjalani ibadah puasa dengan ikhlas dan dengan jayanya, ya?...hehe.......salam.



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua



Lagu : Harapan Ramadhan
Artis : Raihan

Tuesday, August 18, 2009

Solo Ride

Pagi ahad kelmarin aku telah melakukan siri kayuhan secara solo ke Hutan Lipur Sg Pandan dari Kg Telok Mahang di mana terletaknya rumah sewa aku. Setelah hampir setahun aku menyepi dari dunia kayuhan ni, aku gagahi jua untuk kembali berkayuh. Dan sememangnya kembali berkayuh setelah lama berhenti memang amat memeritkan. Kayuhan secara beramai-ramai bersama coursemate yang biasa dialami dulu hanya tinggal kenangan disebabkan mereka dah bergraduasi terlebih dahulu daripada aku...hehe. Oleh kerana tiada teman untuk meredah ladang2 getah dan kelapa sawit milik orang bersama2, aku memutuskan untuk berkayuh secara solo dengan mengambil laluan dari persimpangan permatang badak hingga ke Panching timur (kalau x silap).


Sampai sahaja di kawasan Panching, lalu terserempaklah aku dengan kumpulan 'roadies' bertentang arus dengan aku. Aku pon menyapa mereka dengan melambai2 ke arah mereka. Walaupun aku tidak mengenali langsung akan mereka itu namun, terasa seperti ada ikatan persaudaraan yang telah terjalin buat sekian lama, cewah... Seronok rasanya melihat ramai yang berkongsi minat yang sama dengan aku walaupun berbeza disiplin. Nak cerita lebih2 kalau tanpa bukti, x guna jugak...so, aku sertakan sekali gambar yang rendah kualitinya...



get ready to ride

bermulanya kayuhan dari kg Telok Mahang di pagi yang hening


menghampiri persimpangan ke Pekan

mengejar bayang2 sendiri (gila ke apa?) hehe

saujana mata memandang

melewati pengkalan tentera udara malaysia

bila terpandang handle bar aku, baru ku sedari, "alamak, terlupa nak pasang meter la pulak!"...chitpoodaaah....


lengang...


siri mendaki bermula...mengenangkan kawan2 yang sedang nyenyak tidur di rumah, argh...alangkah tidak adilnya hidup ini....hehe

alangkah berbunga-bunganya hati ini tatkala melihat papan tanda tersebut

push2...

satu lagi azab mendaki

alamak, ni yang x best ni...baru nak menikmati alam semulajadi, ada pulak pencemaran udara...ish3

bergambar sambil berkayuh satu aktiviti yang menyihatkan... =P

tapak pemprosesan kuari

bilalah nak sampai ni...


ini baru pintu masuk hutan lipur sg pandan...2 more kilometers to go!... ayyaakk...

pandang kiri, hutan tebal...pandang kanan, hutan tebal...fuh

mendaki je lah keje aku hari tu...


kedengaran bunyi air terjun yang semakin jelas di telinga...dah nak sampai dah...


akhirnya...

Sampai je di lokasi, aku berehat sebentar bersama kit-kat selama 20 minit. Kemudian aku meneruskan kayuhan pulang ke rumah.




Lokasi kayuhan: Kg Telok Mahang-Air Terjun Sg Pandan-Kg Telok Mahang
Masa : 7.55 am-11.04 am
Jarak kayuhan : anggaran lebih kurang 40 km (lupa nak pasang meter punya pasal)

Sunday, August 16, 2009

The Last Breath...


From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!

A chilly wind begins to blow,
within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!

So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.

Oh mark the words that I do say,
Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !

Come on my brothers let's pray
Decide which now, Do NOT delay !
Oh God! Oh God! I cannot see !

My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee
Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!

And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!
Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell

Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, Do NOT delay ....


sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...



Song : The Last Breath
Singer : Ahmed Bukhatir

Sunday, August 9, 2009

Bukit Cermin 4th Downhill Challenge 2009

Pagi tadi aku pergi menyaksikan cabaran basikal bukit yang berlangsung di Bukit Cermin, Putra Height, Shah Alam bersama Wak Ipin. Event ni adalah kali yang ke-4 diadakan. Aku pergi sana dengan ihsan Wak Ipin, dgn membonceng motorsikalnya. Trimas, wak. Lebih kurang jam 10.30 pagi baru sampai di lokasi...memang agak lewat sikit, sepatutnya event start dengan seeding run dalam pukul 9.00 pagi. Tapi takpelah, semangat nak menyaksikan rider2 hebat punya pasal. Sampai je di lokasi, dari kejauhan ku melihat seseorang...

"aik, macm kenal je mimik wajah tersebut...eh, itu huzaifah tu!", kata aku kepada Wak Ipin.

Aku pun tegur la mamat huzaifah tu. Seperti yang ku jangka, dia pon ambik bahagian gak dalam race tu untuk kategori hardtail sekali dengan Bai. Katanya Bai dah naik ke atas bukit dengan lori untuk start seeding run. Kemudian aku terpandang satu lagi wajah yang tidak asing dari kotak memori aku. Dialah Aini, kekasih hati Bai. Tak sangka pulak jumpa diorang kat situ.Tak lama kemudian, satu-persatu muka-muka yang sememangnya aku cukup kenal akan lubang idung mereka itu muncul di hadapanku. Muka-muka tersebut ialah kutek, Jebat dan Jedi...ya, rider Kuantan datang mengganas!!...hehe...

Macam2 kategori dipertandingkan antaranya Junior, Open, Hardtail, Master A & B, Women dan lain2 lagi. berikut adalah gambar2 yang tak seberapa kualitinya yang sempat dirakamkan...

inilah bahagian penamatnya...

rider xtahu nama 1

rider xtahu nama 2

rider xtahu nama 3

rider xtahu nama 4

korang perasan x dah beberapa shoot wanita baju pink tu dok ada?

dia lagi?

rider xtahu nama 5

elok2 bang...kang tergolek plak

ni rider kategori junior

kecik2 cili bow

rider xtahu nama 6

kayuh jangan x kayuh...

crowded yang bersedia untuk bersorak untuk rider feveret masing2

Jebat rider from Kuantan

itu dia, abg Bai kita...aik, awat hg x jump?

ini namanya 'negaraku' jumpstyle

Bai dan huzaifah kepenatan...Kutex tunggu giliran

jentera Bai dan huzifah...even x dpt tmpt, xpe...janji keseronokan!

meleleh ayaq lioq

wak sudah tidak dapat menahan gelora asmara lalu menyuruhku mengambil gambarnya berdampingan bersama Kona... =P

rider2 kepenatan

aku x dapat lama kat Bukit Cermin ni sebab wak ada keje lain pukul 12 tghari tu, so sebelum balik aku sempat amik bbrp gambar basikal...


Cannondale kepunyaan Kutex

last but not least, amik peluang bergambar bersama dgn yg tersayang, eceh...

Related Posts with Thumbnails