Baru sebentar tadi aku melihat pengumuman yang dibuat penyimpan mohor-mohor besar diraja bahawa akan bermulanya puasa pada hari sabtu ini, iaitu pada tanggal 22 ogos 2009, bersamaan 1 Ramadhan 1430 Hijriah. Teruja sungguh hati ini ingin menyambut bulan yang mulia lagi penuh barakah ini.
Ramadhan datang menjenguk kita lagi...alhamdulillah, bersyukur ke hadratNya kerana masih diberi peluang untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini. Kedatangan Ramadhan ini sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam kerana padanya dapatlah kita berebut dan berlumba-lumba dalam mencari redhaNya. Bulan Ramadhan juga adalah masa yang sesuai untuk umat Islam berebut pahala yang berlipat kali ganda.
Tidak cukup dengan itu, dalam bulan Ramadhan, Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang juga menganugerahkan kita dengan malam lailatul Qadar di mana barangsiapa yang berjaya menghidupkan amalannya pada waktu itu, nescaya akan dianugerahkan pahala amalan yang berlipat kali ganda iaitu pahala amalan selama seribu bulan...(errk, betul ke? Please correct me if i'm wrong). Semoga Ramadhan kali ini, kita akan bisa merebut peluang keemasan ini insyaAllah...
Kepada kawan-kawan semua, selamat menjalani ibadah puasa dengan ikhlas dan dengan jayanya, ya?...hehe.......salam.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
Lagu : Harapan Ramadhan
Artis : Raihan
0 comments:
Post a Comment